fb fb fb fb fb

Pemuda teruja jadi pengundi pertama untuk dua PRU berturut-turut

NAKA, 19 November- Seorang pemuda mencatat sejarah peribadinya apabila menjadi individu pertama yang mengundi di pusat pengundian untuk dua Pilihan Raya Umum (PRU) berturut-turut.

Muhammad Fairus Ismail, 31 tahun berkata, dia menjadi pengundi pertama yang menunaikan tanggungjawab itu di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar di sini.

Muhammad Fairus yang berasal dari Kampung Belukar Luas berkata, dia sebelum ini menjadi pengundi pertama di pusat pengundian tersebut untuk PRU14 dan teruja apabila sekali lagi menjadi pengundi pertama untuk PRU15.

"Saya tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar pada pukul 7.45 pagi dan terus berada pada kedudukan paling hadapan di pintu masuk ke pusat pengundian yang dibuka tepat pukul 8.00 pagi," katanya ketika ditemui RTM di sini.

(Muhammad Fairus teruja apabila menjadi pengundi pertama di pusat pengundian 
Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar untuk dua PRU berturut-turut)

Muhammad Fairus yang merupakan sorang peguam syariah turut menzahirkan rasa syukur kerana telah melaksanakan tanggungjawab kepada negara sebagai pengundi.

Media Baharu