SEGAMAT, 9 Mac - Usaha menggalakkan golongan belia FELDA menyertai perniagaan berasaskan pertanian dan perikanan terus dipergiat.
Di Felda Palong Timur, Segamat langkah tersebut dizahirkan menerusi pembukaan Pasar Tani Pagi yang bakal merancakkan ekonomi masyarakat sekitar kawasan berkenaan.
"Buloh Kasap ini sebahagian besarnya adalah kawasan luar bandar, jadi perniagaan adalah berasaskan pertanian dan perikanan.
"Ini bukan sahaja memanfaatkan belia di sini sahaja, kalau berjaya ia memanfaatkan juga penduduk kampung sekitar," kata calon BN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip.
(Zahari Sarip)
Beliau ditemui semasa meninjau pembukaan Pasar Tani Pagi tersebut yang bakal beroperasi setiap Rabu.