fb fb fb fb fb

Parlimen Malaysia sampaikan ucapan takziah atas kematian bekas Ahli Parlimen Padang Serai

KUALA LUMPUR, 16 November- Seluruh warga Parlimen Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya A/L Mutusami yang meninggal dunia hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan , Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mendoakan semoga ahli keluarga serta kenalan mendiang tetap sabar dan tabah menghadapi dugaan kehilangan.

"Parlimen Malaysia amat menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara semasa beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen," menurut kenyataan media itu.


(Foto fail)

Media Baharu