fb fb fb fb fb

1,600 pelajar UTM Johor pulang untuk mengundi

JOHOR, 16 November- Seramai 1,600 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru, Johor, pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Penghantaran pulang pelajar melibatkan 43 bas disediakan UTM dan disewa daripada syarikat perusahaan bas.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Profesor Dr. Shamsul Sahibudin berkata, penghantaran pelajar dibuat dua hari iaitu pada hari ini dan esok.


(Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Profesor Dr. Shamsul Sahibudin)

Ia diselaras Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM, mengambil masa tiga minggu bagi mengumpul maklumat pelajar yang memerlukan khidmat tersebut.

Pelajar hanya perlu membayar tambang antara RM20 hingga RM50 mengikut lokasi dan negeri masing-masing.

"Proses ini mereka laksanakan mereka telah mengunpulkan nama para pelajar yang memerlukan servis ini dan mereka telah mendapatkan perkhidmatan bas dari syarikat luar. Pihak UTM gembira pelajar akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dan UTM serta majlis perwakilan pelajar sedia membantu mereka menunaikan tanggungjawab," katanya.

Rata-rata pelajar UTM berasa lega dengan perkhidmatan bas yang disediakan untuk pelajar pulang menjalankan tanggungjawab kepada negara.

"Ya saya memang perlu berterima kasih kepada pihak pengurusan UTM telah menyediakan bas kepada pelajar sebab kalau kita hendak cari bas dekat luar itu memang agak susah sebab satu memang semua sudah penuh dan lagi pun bilangan pelajar yang agak ramai hendak balik mengundi," kata S.Rakesh kumar pelajar UTM.

"Sebab saya sebenarnya asal daripada Kedah dan saya selalu naik kapal terbang, jadi untuk ke sana memang menggunakan kos yang sangat tinggi., jadi bila saya tahu yang PRU dalam masa yang dekat saya macam cemas, tiada bas, jumpa MPP UTM ada perkhidmatan bas disediakan, saya macam sangat lega," kata Fatin Shahida Afiqah Shaharudin, pelajar UTM

"Saya sangat gembira untuk mengundi boleh undi untuk masa hadapan kita, ekonomi sudah merosotkan, jadi ekonomi yang sangat baik jadi undilah parti yang betul," kata Tan Wilson, pelajar UTM.

Bas mula bergerak 9.30 malam tadi dan sesi esok akan bermula 8.00pagi.


Media Baharu