KLUANG, 16 November- Pengundi muda diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat kempen tidak tepat, yang disebarkan melalui media sosial.
Seterusnya, boleh mempengaruhi penilaian mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Bendahari Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihati golongan tersebut untuk bijak membuat keputusan dan bukan bersandarkan sentimen di media sosial.
"Saya harap pengundi muda bijak membuat keputusan dan bukan bersandarkan sentimen di media sosial.
"Terutama apa yang keluar dalam aplikasi seperti TikTok yang banyak menyebarkan berita kurang tepat,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di Paloh, di sini.
(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)
Beliau yang juga calon BN Parlimen Sembrong ditanya berhubung kempen melalui media sosial yang menumpukan kepada golongan muda ketika ini.