(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)
BERA, 16 November- Jentera Barisan Nasional (BN) perlu lebih proaktif dan menguasai penggunaan media sosial.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini bagi menjawab dan menerangkan manifesto yang telah digariskan kepada rakyat, terutama pengundi muda.
"Kita jual produk kita yang baik, pasti orang akan menerima kita dan saya sudah beritahu tak perlu nak serang peribadi sesiapa...yang penting adalah mereka menerima kita dengan apa yang kita janjikan untuk mereka.
"Rakyat percaya kepada kita kerana bukti kita selama 60 tahun kita yang membangunkan negara ini, yang mampu menjaga kepentingan rakyat," katanya.
(Foto hiasan)
Beliau bercakap dalam sidang media selepas menghadiri majlis sembang santai bersama penduduk setempat di Dewan Orang Ramai Mengkarak Stesen Bera, Pahang.