fb fb fb fb fb

Calon Parlimen Iskandar Puteri pergiat kempen dekati pengundi

ISKANDAR PUTERI, 16 November- Memasuki hari ke-12 kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Iskandar Puteri terus rancak berkempen, seawal 7 pagi dengan mengadakan tinjauan mesra bertemu pengundi di pasar pagi.

Calon BN, Datuk Jason Teoh Sew Hock berkata pengalaman berkempen semasa PRN Johor Mac lalu, banyak membantu beliau menjawab pelbagai isu berbangkit.

"Saya lihat peluang kali cerah walaupun berdepan cabaran," katanya kepada RTM, di sini.

(Calon BN, Datuk Jason Teoh Sew Hock)

Calon PN, Jason Tan pula berkata tinjauan ketika berkempen menunjukkan pengundi memberi maklum balas baik.

"Saya gembira dengan maklum balas yang diberikan, khusus golongan muda," jelasnya.

(Calon PN, Jason Tan)

Media Baharu