fb fb fb fb fb

Mohamad Yusri seru pengundi keluar awal, elak kesesakan

Dr. Mohamad Yusri Bakir

TAPAH, 25 April- Calon Barisan Nasional (BN) Dr. Mohamad Yusri Bakir menyeru semua pengundi, khususnya yang berada di luar kawasan untuk menunaikan tugas demokrasi pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Ayer Kuning, esok.

Beliau turut menggesa pengundi supaya keluar awal untuk mengelak kesesakan dan memastikan proses pengundian di kesemua pusat mengundi berjalan lancar.

"Saya menyeru pengundi di DUN Ayer Kuning yang dari dalam atau di luar esok keluar mengundi seawal mungkin.

"Sudah pastinya saya harapkan pengundi Ayer Kuning beri peluang kepada BN," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Esok lebih 31,000 pemilih akan menunaikan tugas demokrasi mereka menerusi 63 saluran pengundian di 19 pusat undi bagi Ayer Kuning.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr. Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Isham Shahrudin 58, pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI