fb fb fb fb fb

Masyarakat India terus diperkasa

PULAU PINANG, 9 November- Masyarakat india akan tetap diberi kesamarataan dan akan terus memperkasakan masyarakat India..

Itu antara azam Calon BN Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sekiranya memenangi kerusi pada PRU15, 19 November ini.

Beliau akan berusaha sebaiknya bagi memastikan golongan itu tidak terpinggir.


(Calon BN Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said)

"Apa-apa sahaja yang diminta oleh masyarakat india pada malam ini sekiranya saya menjadi ahli parlimen Permatang Pauh sudah semestinya akan saya perjuangka, ini janji saya kepada rakyat Permatang Pauh, apa-apa sahaja yang dibenarkan dalam perlembagaan saya akan perjuangkan sampai dapat untuk masyarakat india dalam Permatang Pauh, tidak ada alasan tidak ada sebab kenapa masyarakat india perlu disisihkan atau diketepikan kerana mereka juga menjadi penyumbang utama kepada pembangunan negara kita Malaysia selama ini dan akan datang," katanya selepas melancarkan jentera MIC bahagian Permatang Pauh,Seberang Jaya di Lorong Tuna, malam tadi.

Sementara itu, rata-rata masyarakat India yang ditemui di kawasan itu berharap agar berlaku perubahan di Permatang Pauh.

Perubahan yang diharapkan daripada segi pembangunan, kemudahan kepada masyarakat India dan sebagainya,

"Saya duduk di Permatang Pauh ini, saya pengundi Permatang Pauh saya inginkan sebuah sekolah tamil di kawasan Seberang Jaya permatang pauh ini," kata S.Jenny, J ketika ditemui pemberita.

"Membinakan rumah mampu milik prima untuk masyarakat kaum india iaitu 25% untuk kaum india di Permatang Pauh," kata M.Illya kepada pemberita.

Media Baharu