fb fb fb fb fb

Majikan benar pengundi tunai tanggungjawab

PADANG SERAI, 7 Disember- Tinjauan yang dilakukan RTM di Padang Serai mendapati, ramai pengundi mengambil peluang mengundi setelah habis waktu bekerja.

Ada juga pengundi yang diberikan kelonggaran untuk keluar mengundi oleh majikan.

Di Pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik lebih separuh daripada 2,826 daftar pemilih sudah melaksanakan tanggungjawab.

Kaunter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari pejabat Kesihatan Daerah Kulim turut ditempatkan di pusat mengundi ini bagi membantu melicinkan urusan undi pesakit COVID-19.

Namun, tiada pesakit COVID-19 direkodkan sepanjang tempoh mengundi di sini.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) peratusan keluar mengundi di Parlimen Padang Serai setakat pukul 3.00 petang ialah 57%.

Bagaimanapun cuaca sekitar kawasan ini ketika ini mendung dan dijangkakan hujan pada lewat petang.

(Pengundi di Sekolah KebangsaanTaman Kulim Hi Tech)

Media Baharu