fb fb fb fb fb

Lebih 80% pegawai, anggota Polis Melaka digerakkan hadapi PRU15

 (Supt E. Sundra Rajan ditemu bual semasa menjadi tetamu program Temu Bual
Eksklusif di Melakafm)

TAMING SARI, 17 November- Seramai 2,089 daripada 2,580 pegawai dan anggota Polis Melaka digerakkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mereka dibantu 125 pegawai Sumber Manusia Bukit Aman.

Ketua Pasukan Media/Siaraya PRU15 Kontinjen Melaka, Supt E. Sundra Rajan berkata mereka ditugaskan menjaga kesejahteraan dan keamanan.

"Jadi orang ramai dinasihat melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa gusar. Patuhi langkah-langkah dan nasihat pegawai pilihan raya bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan selamat dan lancar untuk semua orang.

"PDRM akan mengawasi keadaan keselamatan dengan teliti. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu tidak bertanggungjawab dan tidak mematuhi arahan pegawai pilihan raya atau melakukan apa-apa kesalahan jenayah," kata beliau semasa menjadi tetamu program Temu Bual Eksklusif di Melakafm.

(Supt E. Sundra berkata lebih 80% pegawai, anggota Polis Melaka digerakkan hadapi PRU15)

Media Baharu