(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 17 November- TNB siap siaga memastikan bekalan elektrik di semua Pusat Mengundi dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di seluruh Semenanjung berkeadaan baik pada hari pengundian.
Pada masa sama, TNB meminta kerjasama semua pihak berkenaan mengelak melakukan kerja pengorekan tanah pada hari tersebut.
Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, berkata kerja pengorekan tanah tidak digalakkan bagi mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik.
"Ini dapat mengelak kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.
"TNB juga telah mendapatkan kerjasama SPR, JKR dan Pihak Berkuasa Tempatan di setiap negeri berkaitan maklum balas perincian keperluan elektrik di kesemua pusat mengundi dan penjumlahan undi," kata Wan Nazmy.
(Wan Nazmy berkata TNB akan pastikan bekalan elektrik tidak terputus)