JOHOR BAHRU, 28 Februari - Johor menjangkakan lebih 200,000 undi pos sekiranya rakyatnya yang masih berada di negara jiran Singapura dapat menunaikan tanggungjawab menerusi kaedah itu.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata, jumlah yang selalunya berulang alik Johor ke Singapura hampir 200,000 orang, adalah jumlah yang layak mengundi.
Jelasnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini sedang dalam proses untuk menghantar kertas undi ke negara jiran itu setelah senarai nama calon yang bertanding telah dimuktamadkan.
"Ketika tempoh ini, permintaan untuk undi pos dibenarkan walaupun mereka tidak boleh mengundi di kedutaan di Singapura, tetapi mengundi melalui pos masih boleh dilakukan, itu caranya untuk beri peluang mengundi kepada rakyat kita yang berada di sana," kata Hasni selepas Majlis Pelancaran Bengkel Kepimpinan Pusat Sahabat Ushawan AIM.