fb fb fb fb fb

Kempen politik di Johor lancar - Polis

(Foto Hiasan)

JOHOR BAHRU, 7 November- Kempen semua 96 calon PRU15 di Johor berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sehingga hari kedua semalam, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kes di lokasi-lokasi kempen dan ceramah.

Polis juga tidak menolak sebarang permohonan untuk mendapatkan permit ceramah dan kempen, namun perlu mematuhi peraturan ditetapkan polis

Ia termasuk memastikan tidak ada pertembungan lokasi dan masa ceramah antara parti berlawanan.

"Begitu juga kempen berkenderaan lori atau van yang guna LCD, LED..kita sudah minta ketua polis daerah (KPD) aturkan jalan supaya tidak bertembung, kalau bertembung akan menyebabkan provokasi..tidak elok untuk masyarakat,"katanya.

Sehingga kini, 87 pasukan Ops Cantas telah digerakkan bagi memastikan kelancaran kempen PRU15.


(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

Media Baharu