fb fb fb fb fb

Pelaporan media sepanjang PRU15, tiada sekatan selagi tidak bercanggah undang-undang

(Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan penduduk kampung)

KOTA BHARU, 7 November- Tiada sekatan dan tidak wujud isu larangan media membuat laporan sepanjang PRU15 selagi tidak bercanggah undang-undang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, pelaporan media perlu mengikut garis panduan termasuk peraturan yang sudah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata stesen televisyen dan radio milik kerajaan tetap dikehendaki menjalankan tugas seperti biasa terutama dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan selari dengan 'misi kerajaan hari ini'.


(Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa)

"Bagi stesen-stesen kerajaan mereka dikehendaki terus menjalankan tugas seperti biasa untuk menyampaikan dasar dan program, aktiviti kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sementara atas sifat individu yang mewakili parti.

"Tidak boleh menggunakan aset kerajaan atas kapasiti parti politik dan saya harap dasar itu jelas dan saya telah minta supaya agensi dan jabatan membuat pemantauan sewajarnya", katanya.

Mengulas lanjut Tan Sri Annuar berkata garis panduan itu diadakan kerana terdapat banyak aduan yang fleksibel.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menjalinkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membanteras penyebaran berita palsu serta melanggar undang-undang.

Beliau ditemui media selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kampung Tegayong.

Turut hadir, calon Barisan Nasional parlimen Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Media Baharu