fb fb fb fb fb

Kemenangan Syed Hussien mampu bawa mesej positif kepada pelabur

Teo Nie Ching

KLUANG, 20 September- Bagi menyakinkan dan juga menghantar mesej jelas kepada pelabur kestabilan politik negara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah selaku wakil Kerajaan Perpaduan perlu menang  pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota.

Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata, ekonomi Malaysia sedang berada di landasan baik dan kerajaan berhasrat menarik lebih ramai pelabur ke negara ini sekali gus membawa limpahan ekonomi lebih baik.  

"Kestabilan politik dilihat sangat penting bagi menghantar mesej jelas kepada pelabur asing untuk menarik minat ke negara ini.

"Sekiranya tidak menang, ia akan memberi mesej kepada pelabur asing iaitu mungkin politik di Malaysia tidak stabil lagi... jadi ini mungkin akan merisaukan mereka berikutan pertukaran polisi dan sebagainya," katanya.

Teo yang juga Timbalan Menteri Komunikasi percaya Syed Hussien mampu menjadi jambatan kepada pelbagai lapisan masyarakat di DUN Mahkota selain berkeupayaan melaksanakan agenda negeri dan persekutuan dengan baik.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI