KLANG, 10 September- Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai dan Dewan Negeri Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Kecil semalam dilihat sangat luar biasa.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata ia bukti kerjasama antara PH dengan Barisan Nasional (BN) diterima baik.
"Jadi ini membuktikan bahawa semangat perpaduan itu, kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional membuahkan hasil dan ada pihak berkata mereka cuba membayangkan undi satu satu kaum ini dengan satu pihak.
"Itu tidak benar, kerana kalau kita lihat peratusan contohnya komuniti Melayu di Simpang Jeram itu besar singinfikan. Tidak mungkin majoriti yang begitu besar dapat di peroleh sekiranya sokongan itu hanya datangnya kaum bukan Melayu sebagai contoh," kata Fahmi kepada pemberita selepas menghadiri program Klang River Festival 2023 di sini.
Tambah beliau, kemenangan itu turut membuktikan rakyat Johor menerima baik segala usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan selama ini.
(Fahmi semasa menghadiri program Klang River Festival 2023)