fb fb fb fb fb

Kemenangan BN di Nenggiri bolehkan suara pembangkang lebih didengari

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki/ Foto BERNAMA

KULAI, 4 Ogos- Barisan Nasional (BN) perlu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri untuk membolehkan suara pembangkang lebih didengari di Persidangan DUN Kelantan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan itu dilihat akan menambah jumlah pembangkang sekali gus menjadikan mekanisme semak dan imbang dalam Persidangan DUN Kelantan lebih efektif.

"Jadi apa salahnya diberikan seorang lagi wakil yang boleh membawa suara hati rakyat. Terutamanya daripada Gua Musang yang kita tahu banyak isu-isu membabitkan tanah.

"...adi perlunya untuk suara semak dan imbang ini dan itu antara mesej yang kita nak sampaikan kepada pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di sini.

PRK Nenggiri diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak diadakan selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos kerana keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI