fb fb fb fb fb

"Keluar mengundi awal, jangan tunggu saat akhir" - Perdana Menteri

(Salah seorang pengundi di Bera selesai menunaikan tanggungjawab mengundi)

BERA, 19 November- Para pengundi seluruh negara diminta keluar mengundi awal dan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengundi tidak perlu menangguhkan pengundian mereka ke sebelah petang.

"Saya harap pengundi keluar awal, kita tahu musim tengkujuh hujan terutama di pantai timur dan mungkin juga di tempat lain di seluruh negara.

"Jadi jangan tunggu saat akhir kalau hujan ramai tidak boleh keluar untuk mengundi jadi keluarlah awal selesaikan dahulu urusan mengundi,"katanya.

Beliau turut meminta rakyat kekalkan keamanan dan keharmonian sedia ada sebagai sebuah keluarga Malaysia yang aman dan bersatu padu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir mengundi bersama isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin di SMK Bandar Kerayong,Bera,Pahang.


(Perdana Menteri ketika menunggu giliran untuk mengundi)

Media Baharu