fb fb fb fb fb

Ismail Sabri selesai mengundi

BERA, 19 November- Sebanyak 31 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka bagi PRU ke-15 setakat pukul 11 pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong pukul 10.30 pagi.

Turut hadir dan mengundi di tempat yang sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta beberapa ahli keluarga yang lain.


(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Datin Seri Muhaini Zainal Abidin)

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Bera bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan keluarga yang berpakaian sedondon berwarna biru tiba di sini pada pukul 9.15 pagi.

Dalam misi mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada PRU ini, Datuk Seri Ismail Sabri berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan Abas Awang dan Datuk Asmawi Harun dari Perikatan Nasional.

Pada PRU ke-14 yang lepas, Datuk Seri Ismail Sabri mempertahankan Parlimen Bera dengan majoriti undi sebanyak 2,311 undi, menewaskan Zakaria Abdul Hamid daripada PKR dan Musaniff Ab Rahman daripada PAS.

Berdasarkan data SPR, seramai 77,669 pemilih berdaftar di Parlimen Bera, dengan 36 pusat pengundian dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Media Baharu