fb fb fb fb fb

Elak COVID-19, pengundi dinasihat pakai pelitup separuh muka

REMBAU, 19 November- Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Kesihatan meminta pengundi mengamalkan kawalan kendiri dengan memakai pelitup separuh muka dan membuat sanitasi untuk mengelak dijangkiti COVID-19.

Khairy yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh berharap agar pengundi di kawasan tersebut memberi kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat di Rembau.

Menurut Khairy, walaupun beliau bertanding di Parlimen Sungai Buloh, baginya Rembau meninggalkan banyak memori indah selepas berkhidmat lebih 14 tahun di Parlimen itu.


(Parlimen Rembau menyaksikan pertembungan lima penjuru)

"Saya tidak meninggalkan Rembau dan masih ada di sini. Jika dipilih di Sungoh Buloh, khidmat di Rembau tidak akan saya lupakan," katanya kepada pemberita ketika beliau tiba di Sekolah Menengah Agama Haji Ahmad Yatim untuk mengundi, di sini, pagi tadi.

Parlimen ini menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Jufitri Joha (PH), Nazree Yunus (Pakatan Nasional), Ramly Awalludin (Pejuang) dan S. Tinagaran daripada Parti Sosialis Malaysia.

Media Baharu