fb fb fb fb fb

GPS menang di Mukah dan Igan, peroleh majoriti lebih tinggi

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 19 November- Gabungan Parti Sarawak (GPS) merekodkan kemenangan calon ke-2 mereka, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia bagi Parlimen Mukah menerusi penyandang kerusi berkenaan Datuk Hanifah Hajar Taib dengan majoriti 15,686 undi. Beliau ditentang calon Pakatan Harapan (PH), Abdul Jalil yang memperoleh 6,047 undi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan keputusan rasmi pertama PRU15 bagi kerusi Parlimen P.207, Igan yang dimenangi oleh Ahmad Johnie Zawawi mewakili GPS, selaku penyandang kerusi.

Ahmad Johnie memperoleh 15,824 undi dengan majoriti 14,662 undi menewaskan Andri Zulkarnaen Hamden daripada PH yang memperoleh 1,162 undi.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding pada PRU14. Dua kerusi itu antara 31 kerusi Parlimen yang bertanding di Sarawak.

Pada PRU14, Ahmad Johnie menang dengan majoriti 8,495 undi dengan keseluruhan undi diperoleh sebanyak 10,538 undi.

Andri PKR memperoleh sebanyak 2,043 undi. Sementara di Parlimen Mukah menyaksikan Hanifah memperoleh sebanyak 13,853 undi dengan majoriti undi sebanyak 7,000. Abdul Jalil PKR pula memperoleh 6,853 undi.

Pusat-pusat pengundian bagi PRU15 dibuka sejak 8.00 pagi tadi di Semenanjung Malaysia dan ditutup pada 6.00 petang manakala proses pengundian di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula pada 7.30 pagi selesai di antara 11.00 pagi hingga 5.30 petang.


(Ahmad Johnie/Datuk Hanifah)

Media Baharu