JOHOR, 20 November- Susulan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang memohon Presiden UMNO dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, meletakkan jawatan, susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mendapat sokongan Exco negeri.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata tindakan tersebut tanda tanggungjawab, serta titik permulaan perubahan UMNO.
Turut memohon Zahid Hamidi meletak jawatan, ialah Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, yang melihat ramai pemimpin parti komponen BN yang menang pada PRU14, tewas semalam, atas faktor ego dan tidak mendengar suara akar umbi.
(Pucuk pimpinan UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan tersebut)
Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, pucuk pimpinan UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan tersebut, serta bersedia melakukan perubahan, khusus daripada peringkat pucuk pimpinan itu sendiri.