fb fb fb fb fb

Dr. Mohamad Sofee diumum calon PH P017 Padang Serai

(Pengumuman dibuat Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada majlis
pengumuman calon Pakatan Harapan Parlimen Padang Serai di Kulim, Kedah malam tadi)

KULIM, 24 November-  Peguambela, peguamcara dan peguam syarie, Dr. Mohamad Sofee Razak diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum, ke-15 bagi parlimen P017 Padang Serai.

Pengumuman dibuat Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan Parlimen Padang Serai di Kulim, Kedah malam tadi.

Peguam berusia 47 tahun berasal dari Tasek Gelugor itu juga merupakan Setiausaha PH Kedah dan Setiausaha PKR Kedah.

Pada PRU ke-14 lalu, Dr. Mohamad Sofee merupakan calon PKR yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N32 Kuala Ketil.

Parlimen Padang Serai sepatutnya menyaksikan pertandingan enam penjuru antara penyandang kerusi berkenaan, M Karupaiya dari PH yang akan dicabar Hamzah Abd Rahman daripada PEJUANG, Datuk Sivaraj Chandran (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (WARISAN), dan calon bebas, Ananda AK.

Bagaimanapun M. Karupaiya, 69 tahun, meninggal dunia di Hospital Kulim pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal pada 3 Disember.

Penamaan calon akan diadakan pagi nanti.


(Dr. Mohamad Sofee Razak, calon PH P017 Padang Serai)

Media Baharu