fb fb fb fb fb

Dapatkan permit terdahulu sebelum berkempen - Ketua Polis Perak

(Bendera parti-parti utama di pasang sekitar kawasan
setiap calon yang bertanding/FOTO BERNAMA)

IPOH, 10 November - Sebarang aktiviti bagi tujuan berkempen semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Katanya, ia bertujuan untuk membolehkan penugasan anggota dapat diatur sebaik mungkin bagi mengelak insiden tidak diigini berlaku sepanjang tempoh berkempen.

"Setiap calon atau ejen pilihan raya perlu mendapatkan permit daripada ketua polis daerah sebelum sebarang program dijalankan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, sekiranya ada calon yang didapati berkempen atau berhimpun secara terbuka tanpa permit boleh diambil tindakan di bawah Subseksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

(Bendera parti-parti utama dipasang di jejantas/FOTO BERNAMA)

Tambahnya, setiap permohonan yang lengkap diterima akan diproses segera bagi memastikan kelancaran proses demokrasi.

Polis Perak telah meluluskan sebanyak 233 permitĀ untuk PRU15 setakat semalam.

Daripada permit yang dilulusakan sebanyak 212 ceramah telah dijalankan dengan permit manakala 4 aktiviti lagi menjalankan pergerakan berkempen tanpa kebenaran.

"Semua pihak diharap dapat memberi kerjasama dengan mematuhi undang-undang yang sedang dikuatkuasakan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga," katanya.

Media Baharu