(Ahmad Jazlan (dua dari kanan) menyantuni penduduk kampung
di Kg Banggol Kulim/FOTO Facebook Ahmad Jazlan)
MACHANG, 10 November - Berbaki sembilan hari kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (RPU15) calon-calon yang bertanding terus agresif turun berkempen di kawasan masing-masing.
Calon Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, beliau menggunakan pelbagai kaedah berkempen sama ada secara bersemuka dan juga media sosial.
Hampir kesemua platform media sosial digunakan untuk mendekati golongan muda manakala pertemuan bersemuka bagi kelompok lebih berusia.
"Sudah menjadi rutin harian untuk saya turun bertemu penduduk di kawasan perumahan dan kampung-kampung," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Taman Sri Kemuning dan Taman Labok Jaya, di sini hari ini.
(Ahmad Jazlan (dua dari kanan) menyantuni penduduk kampung
di Kg Banggol Kulim/FOTO Facebook Ahmad Jazlan)
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, di Machang, sebanyak 57 peratus merupakan pengundi muda yang akan menentukan keputusan serta landskap politik negara kelak.
Jazlan melakukan sekurang-kurangnya lima aktiviti setiap hari bersama penduduk di kawasan itu.
Antaranya, mengadakan program minum pagi dan petang bersama penduduk, tinjauan ke pasar tani, gotong royong membersih kawasan, ziarah masyarakat pelbagai bangsa serta solat berjemaah di masjid dan surau.
Oleh itu beliau menyeru agar rakyat perlu membuat pilihan tepat pada 19 November nanti.