fb fb fb fb fb

Cedera, anggota tentera tetap tunai tanggungjawab pengundi

LUMUT, 15 November- Seorang Anggota Tentera Malaysia (ATM) tetap menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun mengalami kecederaan dengan tangan bersimen akibat kemalangan.

Muhammad Fiqri Rezuwan, 24 tahun, hadir ke lokasi pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM dengan ditemani rakannya.


(Parlimen Lumut mencatatkan jumlah pengundi awal paling ramai di Perak)

"Apa yang mendorong saya ke sini adalah lebih kepada sikap tanggungjawab. Sebagai rakyat Malaysia, tanggungjawab itu akan diletakkan sebagai tanggungjawab yang betul," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, seramai 8,327 pengundi awal layak mengundi.

Parlimen Lumut mencatatkan jumlah pengundi awal paling ramai di Perak seramai 8,919 pengundi.

Media Baharu