fb fb fb fb fb

Banjir, tiga lagi PPS dibuka di Perak

IPOH, 15 November- Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka hari di Perak, hari ini.

Ini menjadikan sebanyak tujuh PPS masih beroperasi, setakat pukul 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu
seramai 342 penduduk daripada 98 buah keluarga.


(Tiga Pusat Pemindahan Sementara dibuka hari di Perak)

Dua PPS baharu yang dibuka adalah di daerah Perak Tengah iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang Kiri, menempatkan 161 penduduk daripada 45 keluarga.

Manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru di daerah Larut Matang dan Selama pula menempatkan sembilan penduduk daripada tiga keluarga.

PPS lain yang masih beroperasi melibatkan daerah Hilir Perak, Kerian dan Manjung.

Media Baharu