MERSING, 17 Februari - Semua calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-15, akan mengangkat sumpah bebas rasuah dan salah guna kuasa.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kaedah tersebut telah dipraktikkan sejak Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Melaka, tahun lalu.
Proses angkat sumpah itu bagi memastikan semua calon yang dipilih untuk bertanding di kawasan masing-masing, bebas daripada segala isu integriti.
"Calon-calon kita nanti perlu angkat sumpah (Wallahi, Wabillahi..Watallahi.. saya sekian.. nombor kad pengenalan sekian-sekian). Maknanya calon kita adalah calon yang bersih. Kalau kita bentuk kerajaan, InsyaAllah kita nak bentuk kerajaan yang bersih," kata Muhyiddin di sini.
Beliau yang tidak mempertahankan kerusi Dewan Negeri Gambir, juga bersedia menjadi penasihat ekonomi kepada bakal Menteri Besar Johor sekiranya PN memenangi majoriti kerusi dipertandingkan dan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU Dewan Negeri nanti.
Antaranya ialah inisiatif membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan selain pemerkasaan sumbangan wanita.