HULU TERENGGANU, 19 November- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P038 Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat tiba di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Jenderis, Hulu Terengganu bersama isteri Toh Puan Suhaiza Abd Malik seawal pukul 9.23 pagi tadi.
Proses pengundian yang dibuka sejak pukul 8.00 pagi tadi lancar dan orang ramai mengambil kesempatan keluar mengundi ketika cuaca cerah ini.
Masyarakat pelbagai lapisan termasuk golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya antara pengundi yang hadir awal di pusat-pusat pengundian.
(87,917 pengundi yang berdaftar di Parlimen Hulu Terengganu)
Terdapat 87,917 pengundi yang berdaftar di Parlimen terbabit.
Dalam pertembungan empat penjuru di Parlimen ini, Rozi akan menentang Datuk Rosol Wahib wakil PAS, Alias Ismail wakil Pakatan Harapan (PH) dan Mohd.Khadri Abdullah calon Pejuang.