fb fb fb fb fb

PRU15: Calon dan ketua menteri tiba awal di pusat mengundi

NEGERI SEMBILAN, 19 November- Pengundi bagi Parlimen Rembau P131, mula beratur seawal 7.30 pagi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Rantau bagi melaksanakan pengundian.

Calon Barisan Nasional Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isteri hadir mengundi sekitar pukul 9 pagi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chun Hua Rantau, Negeri Sembilan.


(Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isteri)

Beliau terus ke kaunter semakan pemilih dan beratur bersama isterinya di laluan dua untuk proses pengundian. Selepas selesai proses pengundian dalam 15 minit, beliau beredar dari pusat pengundian itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan enam saluran di pusat pengundian ini yang melibatkan 3,000 lebih pengundi.

Enam saluran disediakan di pusat pengundian ini Ini bagi memudahkan pengundi yang akan mengundi di pusat itu.

Terdapat 53 petugas SPR dan 7 petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas di sekolah itu.

PRU15 menyaksikan Parlimen Rembau ditandingi empat calon iaitu Mohd Nazree Mohd Yunus (PN-Bersatu), Mohamad (BN-Umno), Jufitri Joha (PH-PKR) dan Ramly Awaluddin (Pejuang).

Sementara itu, di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow tiba sekitar pukul 8.30 pagi untuk menunaikan tanggungkawab mengundi di SRJKC Hu Yew Seah, Georgetown, Pulau Pinang.

Beliau terus ke kaunter semakan pemilih dan beratur di laluan dua untuk proses pengundian.


(Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow)

Enam saluran disediakan di pusat pengundian tersebut.

Selepas selesai proses pengundian, beliau beredar untuk melawat Pusat Mengundi di sekitar Batu Kawan.

Beliau merupakan calon Pakatan Harapan bagi P046: Parlimen Batu Kawan.

Manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Yusoff Mohd. Noor tiba sekitar 9.35 pagi untuk menunaikan tanggung jawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Tok Jaya, Penaga, Pulau Pinang

Beliau terus ke kaunter semakan pemilih dan beratur di laluan satu untuk proses pengundian.


(Datuk Muhamad Yusoff Mohd. Noor)

Tiga saluran disediakan di pusat pengundian tersebut dengan bilangan pengundi seramai 1655 orang.

Di Melaka, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bersama isteri, Datin Seri Munira Yusop selesai menjalankan tanggungjawab pada jam 9.24 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, Masjid Tanah.

Beliau tiba diperkarangan pusat pengundian berkenaan pada jam 9.15 pagi dan sempat beramah-mesra bersama pengundi di kawasan berkenaan.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

Turut keluar mengundi di pusat pengundiaan yang sama adalah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P134 Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Beliau tiba di perkarangan pusat pengundiaan itu pada jam 9.25 pagi.

Parlimen P134 Masjid Tanah menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara penyandang bagi Parlimen ini dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid, calon Parti Muda, Muthalib Uthman dan calon Pejuang, Handrawirawan Abu Bakar.

Media Baharu