fb fb fb fb fb

PRU15: Datuk Seri Johari selesai mengundi

KUALA LUMPUR, 19 November- Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Maluri pada pukul 8.55 pagi tadi bagi melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketibaan beliau bersama isteri, Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry turut disambut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Kerusi Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertandingan empat penjuru.


(Datuk Seri Johari Abdul Ghani tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Maluri pada pukul 8.55 pagi)

Selain Datuk Seri Johari, Calon Perikatan Nasional (PN) Dr. Rosni Adam, Calon Pakatan Harapan (PH) Khalid Abdul Samad, dan Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bertanding di kerusi parlimen itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Maluri pada pukul 8.13 pagi tadi.

Beliau melakukan tinjauan dan memantau proses pengundian kira-kira 30 minit.

Parlimen Titiwangsa mempunyai 80,747 orang pengundi berdaftar dengan tiga zon melibatkan Kampung Pandan, Datuk Keramat dan Kampung Baru.

Media Baharu