(Mohammed Azmin pada Program Santai Anak Muda di Simpang Renggam)
SIMPANG RENGGAM, 5 Mac - Perikatan Nasional (PN) memastikan setiap calon yang dipilih parti untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, perlu bersih dalam amalan rasuah.
Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali berharap pengundi menilai setiap rekod prestasi calon sebelum membuat pilihan pada 12 Mac nanti.
"Kita datang ke negeri Johor ini bukan untuk menabur janji, sebaliknya ingin memberikan khidmat, memberikan rekod-rekod kejayaan yang diakui oleh rakyat Johor. Untuk kita membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, bersih dan Johor sebagai penyumbang ekonomi utama," katanya.
(Mohammed Azmin pada sidang media di Simpang Renggam hari ini)
Mohammed Azmin berkata demikian dalam sidang media selepas Program Santai Anak Muda di sini.