fb fb fb fb fb

Bukit Kepong kaya dengan sektor pertanian

MUAR, 2 Mac - Bukit Kepong bukan sahaja terkenal dengan tinggalan sejarah, malah dengan pelbagai aktiviti pertanian.

Ia sekali gus menjadikan pengusaha di sekitar kawasan berkenaan berjaya mengembangkan bidang perniagaan mereka yang rata-rata melibatkan kelapa sawit, buah-buahan dan getah.

Sektor Pertanian di Bukit Kepong terus menjadi tempat penduduk setempat mencari rezeki kerana mereka merupakan peniaga kecil-kecilan.

Pengusaha Markisa, Khatijah Habsah yang aktif dalam sektor pertanian lebih 30 tahun berkata, permintaan pasaran tempatan yang tinggi memberikannya semangat untuk terus meluaskan tanaman buah tersebut.

"Kalau peringkat permulaan, kami akan memetik 100 kilogram sehingga 1 tan buah Markisa kerana kawasan ini sangat luas," katanya kepada RTM.

(Khatijah Habsah aktif dalam sektor pertanian lebih 30 tahun/Foto Ravin Sanmugam)

Ketika tinjauan dilakukan, difahamkan peladang di Bukit Kepong sudah mula melakukan persiapan awal untuk menikmati jualan musim durian.

Menurut Ketua Unit Peladang, Bukit Bendar, Mahzal A.Majid, tahun lalu sahaja kawasan berkenaan mampu mengeluarkan satu tan lebih durian dan menjangkakan boleh mencapai sehingga lebih dua tan setengah .

Petani, peladan dan nelayan dikawasan berkenaan turut menerima bantuan dari Jabatan Pertanian untuk membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka dalam sektor agromakanan.

Laporan khas: Ravin Sanmugam

Media Baharu