fb fb fb fb fb

Cadang bangunkan SJKT di Kempas, jika diberi mandat - Suhaizan Kayat

JOHOR BAHRU, 7 September - Cadangan membangunkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di kawasan Kempas, di sini, menjadi salah satu agenda yang akan diperjuangkan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat, jika dipilih menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Ia berikutan pertambahan bilangan penduduk setempat selain ketiadaan sekolah jenis itu di kawasan Kempas.

"Kerana tempat itu memang gazet sekolah, tetapi sebelum ini telah dikhususkan untuk sekolah menengah di tempat itu ataupun tempat-tempat yang lebih bersesuaian lah, tapi tidak jauh daripada kawasan Kempas itu, di sebelah Johor Bahru ada Jalan Yahya Awal, di Bukit Indah ada sebuah sekolah yang cantik di kawasan Bukit Indah, tetapi di kawasan Kempas itu yang berkepadatan penduduk tinggi tu tidak ada sebuah SJKT setakat ni lah,"kata Suhaizan, di sini.

(Suhaizan Kayat ditemui media ketika sesi ramah mesra
bersama-sama penduduk setempat di Taman Tan Sri Yacob, di sini)

Terdahulu, beliau bercadang untuk membangunkan Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan di kawasan Bandar Uda Utama, Johor Bahru.

Kempen berbaki dua hari lagi, beliau menghadiri pelbagai aktiviti termasuk sesi ramah mesra dan 'walkabout' pada sebelah pagi dan petang, manakala ceramah pada waktu malam ini.

Selain itu, ruangan media sosial beliau juga kekal aktif hingga hari ini dengan perkongsian pelbagai gambar dan video sepanjang berkempen.

Media Baharu