fb fb fb fb fb

Cadang bina jeti berdekatan perkampungan Orang Asli, Bakar Batu

JOHOR BAHRU, 6 September - Cadangan pembinaan sebuah jeti berdekatan kawasan perkampungan Orang Asli, Bakar Batu, Taman Perling, mampu memberi kemudahan kepada penduduk di situ, sekali gus dapat meningkatkan ekonomi setempat hasil kemasukan pelancong.

Calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya akan membangunkan agropelancongan di kawasan itu sekiranya diberi mandat sebagai ahli Parlimen.

"Akan ada bot tertentu yang akan bergerak di sekitar ini membawa pelancong untuk bersiar-siar di kawasan ini. Kawasan ini sangat menarik. Cuma setakat ini kita belum lagi betul fokus tentang pelancongan ini kerana belum sepenuhnya dibangunkan. Selepas dibangunkan, saya kira pelancong boleh datang, boleh menikmati juadah di kawasan ini," kata Suhaizan, di sini.

Pada masa sama, beliau akan memfokuskan isu utama yang membelenggu rakyat seperti rumah, jalan raya, longkang dan lain-lain berikutan kepadatan penduduk yang ramai di kawasan Parlimen Pulai.

Kerjasama dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani diadakan bagi bertukar pandangan dan idea untuk membangunkan kawasan itu selain membantu berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan dilaksanakan pada Sabtu ini.

(Suhaizan Kaiat ditemui pemberita selepas sesi beramah mesra dan
ceramah di Kampung Orang Asli, Bakar Batu, Taman Perling, Johor)

 

Media Baharu