fb fb fb fb fb

"Terima kasih pengundi Pelangai" - Amizar

(Amizar Abu Adam (tengah) ditemui pemberita di Bentong, Pahang)

BENTONG, 7 Oktober- Datuk Amizar Abu Adam dari Barisan Nasional (BN) menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.36 Pelangai atas kemenangan beliau di kerusi itu hari ini.

Beliau komited untuk meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun bagi membangunkan kawasan Pelangai seperti dijanjikan.

"Terima kasih pengundi Pelangai kerana memberi kepercayaan kepada saya. Insya-Allah, saya akan menjalankan amanah, dan paling penting ialah legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun akan saya teruskan," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Esok, beliau akan mula menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan menyantuni penduduk di Pelangai. 

Amizar menang dengan majoriti sebanyak 2,949 undi iaitu 7,324 undi, menewaskan Kasim Samat (PN) 4,375 undi dan Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas), 47 undi.

rtm
(BN menang 7,324 undi, menewaskan PN dan Bebas)

Media Baharu