fb fb fb fb fb

24 pengundi selesai mengundi di IPD Tapah

Proses pengundian awal PRK Ayer Kuning

TAPAH, 22 April- Seramai 24 pengundi dan pasangan masing-masing selesai melaksanakan tanggungjawab masing-masing di Pusat Mengundi Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini.

Pusat mengundi berkenaan dibuka pukul 8.00 pagi membabitkan satu saluran dibuka kepada anggota polis, pegawai dan pasangan manakala tiga lagi pengundi akan melaksanakan proses berkenaan menerusi undi pos.

Proses pengundian awal telah selesai sepenuhnya pada pukul 9.30 pagi dan ditutup pada pukul 12.00 tengah hari tadi.

Secara keseluruhan hari ini seramai 500 anggota polis dan pasangan masing-masing layak mengundi awal di dua pusat mengundi yang telah disediakan.

Sementara itu pusat pengundian di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan Batalion 3, PGA Bidor akan ditutup pada pukul 5.00 petang ini.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Isham Shahrudin 58, pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI