fb fb fb fb fb

20 permit berkempen diterima, 19 lulus satu ditolak

JOHOR BAHRU SELATAN, 1 Mac- Sejumlah 20 permit berkempen telah diterima IPD Johor Bahru Selatan dalam Pilihan Raya Dewan Negeri Johor dengan 19 daripadanya mendapat kelulusan manakala satu permohonan ditolak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, permohonan melibatkan empat kawasan iaitu DUN N.41 Puteri Wanga, DUN N.44 Larkin, DUN N.45 Stulang dan DUN N.46 Perling.

"14 kelulusan diberi kepada Barisan Nasional, empat Perikatan Nasional, satu MUDA dan satu ditolak daripada PKR," katanya dalam sidang media di sini.

Tambah beliau, pihaknya juga telah menambah jumlah keanggotaan kepada seramai 598 pegawai dan anggota sepanjang tempoh berkempen.

"Semasa hari pembuangan undi pada 12 Mac pula, polis telah mengaturkan seramai 1,181 pegawai dan anggota polis untuk mengawal ketenteraman awam di daerah Johor Bahru Selatan," katanya lagi.

Sementara itu beliau memaklumkan, sembilan laporan polis diterima berkaitan kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan dua kertas siasatan telah dibuka.

Kesalahan melibatkan ceramah tanpa permit yang boleh dikenakan denda sebanyak RM5000, selain kes khianat di sebuah rumah ahli parlimen yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Kedua-dua kes itu melibatkan Seksyen 24B(3)(B) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

 

(Bendera parti-parti yang bertanding pada PRU Dewan Negeri Johor ke-15 sepanjang tempoh berkempen)

Media Baharu