Ringgit dijangka diniagakan stabil minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 21 Mac– Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan, diniagakan sekitar paras 3.95 berbanding dolar amerika dalam persekitaran musim perayaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sifat dasar Rizab Persekutuan yang berhati-hati namun condong ke kelonggaran mengehadkan pengukuhan dolar, menyokong kestabilan ringgit.
  • Pelabur kekal berwaspada; perubahan dasar Fed dijangka hanya pada suku akhir, sementara geopolitik Asia Barat terus dipantau.
  • Status Malaysia sebagai pengeksport tenaga bersih memberi sokongan asas kepada ringgit dalam persekitaran risiko harga minyak global.
  • Secara mingguan, ringgit ditutup sedikit lebih tinggi berbanding dolar dan lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN, mencerminkan sentimen serantau positif.

Pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang masih berhati-hati tetapi cenderung kepada kelonggaran dasar telah membantu mengehadkan pengukuhan dolar Amerika, sekali gus menyokong kestabilan mata wang tempatan.

Pelabur dijangka kekal berwaspada, dengan sebarang perubahan dasar Fed hanya dijangka berlaku pada suku akhir tahun ini, manakala perkembangan geopolitik di Asia Barat terus dipantau.

Dalam masa sama, status Malaysia sebagai pengeksport tenaga bersih turut memberi sokongan asas kepada ringgit, terutama dalam persekitaran harga minyak yang masih mengambil kira faktor risiko global.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berkemungkinan bergerak dalam julat semasa minggu depan apabila pelabur terus menilai perkembangan konflik di Iran.

Secara mingguan, ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika, selain menunjukkan prestasi lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN, mencerminkan sentimen serantau yang masih positif.