Pasaran getah dijangka lebih rendah minggu depan, bekalan meningkat

Gambar hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan berikutan harga minyak mentah yang lebih rendah dan keadaan bekalan yang mengukuh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengeluaran getah kembali normal dengan prospek lebih baik, mewujudkan bekalan yang lebih selesa di pasaran.
  • Peningkatan hasil tuaian dan bekalan lebih banyak dijangka menurunkan harga, meskipun permintaan kekal stabil.
  • MARGMA jangka pengeluaran getah asli global meningkat 2.4 peratus pada 2026, menyokong prospek bekalan selesa.
  • Harga dijangka terus disokong oleh permintaan berterusan dari sektor automotif yang masih merekodkan momentum positif.

Pakar industri, Denis Low berkata pengeluaran getah telah kembali normal dengan prospek pengeluaran yang lebih baik, sekali gus mewujudkan keadaan bekalan yang lebih selesa di pasaran.

Menurut beliau, harga minyak mentah yang lebih rendah turut membantu mengurangkan tekanan kos dalam jangka pendek, meskipun Selat Hormuz masih ditutup.

Jelas beliau, peningkatan hasil tuaian serta bekalan yang lebih banyak dijangka menurunkan harga getah, meskipun permintaan kekal stabil dalam pasaran.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menjangkakan pengeluaran getah asli global meningkat 2.4 peratus pada 2026 berdasarkan data Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC), sekali gus menyokong prospek bekalan yang lebih selesa.

Bagaimanapun, harga komoditi itu dijangka kekal disokong oleh permintaan berterusan daripada sektor automotif yang masih mencatat momentum positif.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 65.5 sen kepada 880.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan 25 sen kepada 769.5 sen sekilogram.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.