
KUALA LUMPUR, 4 Feb – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) melancarkan Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB, bagi merancakkan industri kraf tempatan dan memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor kreatif.
- Pelancaran Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB untuk merancakkan industri kraf tempatan dan memperkasa PKS.
- Program sebagai platform pembangunan menyediakan pembelajaran dan peluang jaringan perniagaan untuk usahawan kraf.
- Topik utama termasuk pengurusan kewangan, penjenamaan, pendigitalan, kecerdasan buatan dan pengembangan pasaran eksport.
- Yayasan Hasanah dan pakar CIMB menyokong melalui geran perniagaan serta nasihat dan perkongsian pengalaman.
Program berfungsi sebagai platform pembangunan yang menyediakan pembelajaran dan peluang jaringan perniagaan, sekali gus menyokong pertumbuhan usahawan serta pemilik perniagaan kraf tempatan.
Pelancaran disempurnakan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Novan Amirudin berkata, program itu mencerminkan komitmen pihaknya dalam memperkasa PKS melalui peningkatan kemahiran, jaringan strategik serta penciptaan nilai jangka panjang.
Menurut beliau, sokongan terhadap keusahawanan dan kraf Malaysia penting bagi kelestarian perniagaan di samping memelihara seni dan reka bentuk tempatan untuk generasi akan datang.
Lebih 300 PKS disasar menyertai program berkenaan, yang menampilkan perkongsian daripada usahawan berjaya dalam industri seperti makanan dan minuman, fesyen serta pengurusan hartanah.
Topik perbincangan merangkumi pengurusan kewangan, penjenamaan perniagaan, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI), serta pengembangan perniagaan daripada pengeluaran kecil kepada pasaran eksport.
Yayasan Hasanah turut mengambil bahagian dengan memperkenalkan geran perniagaan untuk PKS, manakala pakar CIMB berkongsi pandangan dan nasihat pembangunan perniagaan.