KUALA LUMPUR, 15 Oktober -Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- Kadar jangka pendek kekal stabil disokong operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai.
- Lebihan mudah tunai dianggarkan RM38.34 bilion (konvensional) dan RM17.73 bilion (Islam).
- BNM menawarkan tender repo berbalik RM3.0 bilion untuk tempoh tujuh hari.
- Selain itu, BNM menyediakan repo berbalik, jual beli semula dan kemudahan murabahah untuk pelbagai tempoh.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM38.34 bilion manakala dalam sistem Islam sebanyak RM17.73 bilion.
Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM3.0 bilion untuk tempoh tujuh hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM41.3 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM20.8 bilion. – BERNAMA