Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR,12 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM menjalankan operasi menyerap lebihan mudah tunai untuk menstabilkan kadar jangka pendek.
  • Tiga tender repo berbalik konvensional dan satu SBBA Islam sebanyak RM500 juta dilaksanakan hari ini.
  • BNM menyediakan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan murabahah dengan pelbagai tempoh matang.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan bernilai RM33.32 bilion dalam pasaran konvensional dan RM22.38 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik berjumlah RM500 juta, masing-masing bagi tempoh tujuh hari, 28 dan 89 hari serta tender repo berbalik Islam (SBBA) sebanyak RM500 juta untuk 28 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM34.8 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM23.2 bilion. -BERNAMA