fb fb fb fb fb

Zuraida sedia bersemuka dengan PM

KUALA LUMPUR, 7 Jun - Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam minggu ini.

Ia bagi mebincangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

(Zuraida berkata demikian selepas merasmikan
'Global Funding for Rubber Innovation di sini)

"Saya pada hari ini telah bersedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri kerana masa tidak ada lagi, jadi saya bersedialah," kata Zuraida di sini.

Zuraida mengumumkan keluar daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 26 Mei lalu.

 

 

Media Baharu