fb fb fb fb fb

Ziarah Kasih Deepavali santuni 11 keluarga DUN Mata Ayer

(Siti Berenee dan Che Abdul Razak santuni penduduk DUN Mata Ayer)

MATA AYER, 21 Oktober- Program Ziarah Kasih Deepavali santuni 11 keluarga sekitar DUN Mata Ayer .

Program yang dilaksanakan itu bagi menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada mereka yang bakal menyambut
Deepavali kali ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) RPA Mata Ayer 2, Che Abdul Razak Abdul Rahman, program itu dilaksanakan setiap tahun bagi sambutan Deepavali.

Sumbangan itu mampu memberikan keceriaan kepada masyarakat India menyambut Deepavali serta mengerat dan mengukuhkan perpaduan merentasi agama serta kaun seterusnya merealisasikan konsep Keluarga Malaysia dalam masyarakat.

(Che Abdul Razak ketika ditemui pemberita di Mata Ayer)

Pengerusi JPKK RPA Mata Ayer 2, Che Abdul Razak Abdul Rahman berkata, "penerima masyarakat India di sini memberi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat (YB) Siti Berenee Yahaya yang banyak membantu penduduk di taman tersebut yang terdiri daripada 12 buah keluarga."

Beliau memaklumkannya kepada media pada Program Ziarah Kasih Deepavali bersama kepimpinan masyarakat setempat dan belia kawasan Mata Ayer.

Bagi penerima sumbangan, Ratiga A/P Chekar berkata "terima kasih untuk pemberian hamper untuk kegunaan perayaan Deepavali. Buat semua yang meraikan Deepavali, 'Happy Diwali' buat semua."

Bersempena program itu, empat individu yang uzur turut disantuni dengan pemberian sumbangan berupa barangan keperluan harian serta wang tunai sebagai tanda keprihatinan kepada masalah yang dihadapi.

Media Baharu