fb fb fb fb fb

Zakat MAIPs, Raja Muda Perlis zahir penghargaan

ARAU, 28 Februari- Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai McDonald's Malaysia hari ini menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan penghargaan kepada pengurusan McDonald's Malaysia atas penyerahan zakat perniagaan itu.

Titah baginda, McDonald's Malaysia bukan sekadar menunaikan zakat semata-mata, malah berjaya melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dalam menyantuni barisan hadapan, golongan asnaf, dan mereka yang memerlukan.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Tuanku Yang Dipertua MAIPs berkenan menerima zakat perniagaan yang disampaikan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar.

Penyerahan zakat berlangsung di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di Kampus UniMAP, Pauh Putra yang turut diserikan dengan Majlis Perasmian Bilik Sensori Ronald McDonald's .

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Media Baharu