fb fb fb fb fb

Melaka sasar 50% kanak-kanak terima dos vaksin COVID-19 menjelang Mac

AYER KEROH, 28 Februari- Sebanyak 27% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Melaka telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat hari ini.

Exco Kesihatan dan Anti dadah Negeri Melaka, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, menerusi peratusan itu, kadar vaksinasi untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun di Melaka kini berada di tempat kedua tertinggi .

Untuk itu katanya, kerajaan negeri menjangkakan pencapaian 50% jumlah kanak-kanak menerima dos pertama vaksin COVID-19 di negeri ini.

"Ia membuktikan bahawa vaksin ini selamat dan anak saya juga antara yg terawal, jadi kepada ibu bapa yang masih lagi suka tunggu dan lihat, hari ini dah hampir sebulan dan tiada langsung kesan serius daripada vaksinasi kanak kanak ini."

"Jadi ia adalah selamat, peratusan hari ini lebih kurang dalam 27% daripada keseluruhan yang perlu divaksin dan kita jangkakan sasaran kita pada pertengahan bulan Mac ini kita boleh capai 50%," kata Dr Muhammad Akmal.

Beliau berkata demikian selepas Perasmian Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka yang Ke-Lima Belas.

Dalam pada itu, Dr Akmal turut menyeru kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka mengambil suntikan vaksin COVID-19 dan tidak perlu risau dengan kesan sampingan.

Setakat ini katanya tiada kes melibatkan kesan sampingan vaksin COVID-19 di negeri ini.

Media Baharu