fb fb fb fb fb

Zahid tiba di United Kingdom untuk lawatan kerja

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

LONDON, 25 Oktober - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di United Kingdom untuk lawatan kerja selama empat hari.

Beliau disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Tinggi, Datuk Zakri Jaafar serta Pengerusi Halal Development Corporation Berhad Khairul Azwan Harun.

Timbalan Perdana Menteri dijangka menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) 2023 yang bermula 27 Oktober ini.

Persidangan dihadiri delegasi dan pakar ekonomi antarabangsa dari negara seperti United Kingdom, Pertubuhan Negara  negara Islam (OIC), Kesatuan Eropah  (EU) serta negara-negara lain.

Dalam lawatan kerja selama empat hari itu juga Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan bersama-sama ahli parlimen United Kingdom.

TETITIA YUSOFF