fb fb fb fb fb

Zahid adakan lawatan rasmi ke China bermula esok

Foto hiasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 21 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China bermula esok (Rabu) hingga 1 Jun.

Ia bakal menjadi lawatan pertama Datuk Seri Ahmad Zahid ke Beijing sejak beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri... atas jemputan Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang.

Beliau dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Li Qiang.

Untuk perkukuh hubungan dua hala, Timbalan Perdana Menteri dijangka meneroka peluang kerjasama terutamanya dalam bidang pendidikan.

Fokusnya, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan industri halal serta pertukaran antara rakyat.

Selain, bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Lawatan rasmi ini merupakan sebahagian daripada pertukaran lawatan peringkat tinggi yang dijadualkan tahun ini bagi memperingati 50 tahun hubungan diplomatik Beijing-Kuala Lumpur.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD